SEKALIPUN sudah mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Malaysia, Negeri Sembilan tidak menganggap pertemuan dengan Terengganu dalam perlawanan terakhir Kumpulan B di Kuala Terengganu malam esok, sebagai sekadar pelengkap jadual.
Sebaliknya, pemain sudah diingatkan supaya mengekalkan prestasi dan memberikan persembahan cemerlang untuk memastikan kemenangan pasukan sekali gus meraih tiga mata.
Jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah, berkata pemain perlu memberikan komitmen 100 peratus kerana Terengganu pasti bangkit untuk mempertahankan kelebihan di halaman sendiri selain mahu menebus kekecewaan mereka selepas tewas 0-1 di Paroi, sebelum ini.
“Walaupun perlawanan terakhir ini hanya bagi menentukan juara kumpulan selepas kedua-dua pasukan layak ke suku akhir, kita tetap mahukan kemenangan. Ini kerana ia adalah sebahagian daripada persiapan untuk mengharungi saingan suku akhir nanti dan setiap perlawanan adalah penting bagi meningkatkan lagi keyakinan pemain.
“Justeru, pemain tidak boleh beraksi sambil lewa, sebaliknya memberikan komitmen tinggi dengan memastikan pasukan mencapai kemenangan,” katanya semalam.
Negeri Sembilan layak ke suku akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Sime Darby, 2-1 dalam aksi di Stadium Selayang, malam kelmarin, hasil jaringan Mohd Firdaus Azizul dan Shahurain Abu Samah


LinkBack URL
About LinkBacks

Reply With Quote