BERLIN: Bayern Munich menewaskan Bayer Leverkusen 3-0, kelmarin untuk kekal di tangga teratas Bundesliga selepas kedudukan mereka dirampas sementara oleh Borussia Moenchengladbach yang mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Nuremburg pada perlawanan terdahulu.
Moenchengladbach tidak pernah mencatatkan kejuaraan liga sejak 1977 dengan kemenangan terbaru adalah pada 2008, apabila memenangi trofi divisyen dua.
Sepakan penalti pada minit ke-76 yang disempurnakan pemain pertahanan Beglium, Filip Daem sudah cukup untuk memastikan Moenchengladbach berada di tangga teratas liga untuk beberapa jam sebelum Bayern kembali merampas kedudukan itu selepas menundukkan Leverkusen.
Gol pertama Bayern hadir pada minit ke-5 sumbangan Thomas Mueller dengan pemain pertahanan Belgium, Daniel van Buyten meledak gol kedua minit ke-19.
Leverkusen tidak pernah menang di Munich dalam 22 pertemuan dan tanpa pemain bintang mereka yang juga bekas pemain Bayern, Michael Ballack, mereka dilihat kurang mencengkam.
Bayern kembali pada separuh masa kedua dengan Arjen Robben meledak gol ketiga pada minit terakhir selepas kembali daripada kecederaan.
Sensasi Belanda itu menjaringkan gol dari jarak dekat selepas menerima hantaran cantik dari Bastian Schweinsteiger.
Bayern kini mendahului takhta liga dengan 18 mata daripada tujuh perlawanan, dua mata lebih berbanding Moenchengladbach yang mencatatkan kemenangan kelima pada musim ini dalam usaha mereka untuk mengembalikan zaman kegemilangan satu ketika dulu.
Sementara itu, juara bertahan, Borussia Dortmund terpaksa bekerja keras sebelum mencatatkan kemenangan 2-1 di Mainz. - AFP


LinkBack URL
About LinkBacks

Reply With Quote