Ketika sampai keputusan samada kita harus membeli atau menjual dollar, semuanya bergantung pada bagaimana ekonomi berperanan. Ekonomi yang kuat akan menarik pelaburan dari seluruh dunia kerana ia dianggap selamat dan mampu mencapai kadar pulangan yang diharapkan dari pelaburan tersebut. Investor selalu mencari pulangan tertinggi yang seperti diramal atau "safe". Hasil dari pelaburan luar negara akan menguatkan kapital akaun dan mengakibatkan permintaan dollar yang tinggi.
Selain itu, konsumsi/penggunaan Amerika yang menyebabkan pengimportan barangan dan perkhidmatan dari negara-negara lain menyebabkan dollar mengalir ke luar negara. Jika import lebih besar daripada eksport, akaun semasa sesebuah negara akan berkurangan. Dengan ekonomi yang kuat, sebuah negara boleh menarik modal asing untuk menutup defisit/pengurangan dari perdagangan. Dengan konsep itu, US boleh meneruskan sebagai enjin untuk menguasai ekonomi meskipun itu adalah hutang negara yang meminjam wang untuk konsumsi tersebut. Hal ini juga membolehkan negara-negara lain untuk mengeksport ke US dan dengan itu dapat menjaga pertumbuhan ekonomi negara mereka. Penjelasan ini sederhana, tapi menggambarkan suatu point yang jelas.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Nilai Dollar
Point nya adalah ketika saat trader ingin mengambil position dalam dollar, trader mata wang perlu menilai pelbagai faktor yang mempengaruhi nilai dollar dalam cuba menentukan arah atau tren. Metodologi boleh dibahagikan kepada tiga kelompok seperti berikut:
* Faktor penawaran dan permintaan
* Sentimen dan psikologi market
* Teknikal Faktor
Penawaran Vs Permintaan Dollar
Ketika US mengeksport produk atau perkhidmatan, permintaan dollar terjadi kerana pelanggan US perlu mengeluarkan kos untuk barangan dan perkhidmatan US dalam dollar dan kerana itu mereka harus melakukan pertukaran mata wang tempatan kepada dollar. Oleh kerana itu, mereka menjual mata wang mereka untuk membeli dollar bagi membuat bayaran.
Tambahan lagi, ketika kerajaan US atau syarikat-syarikat besar Amerika menerbitkan obligasi/"bonds" untuk menambah modal, dan jika obligasi tersebut dibeli oleh orang luar negara lalu "bonds" harus dibayar dalam dollar dan pelanggan perlu menjual mata wang tempatan untuk membeli dollar bagi membolehkan mereka membuat bayaran. Juga, jika ada pertumbuhan yang kuat di US dan syarikat memperluaskan pendapatan mereka maka keinginan oleh orang luar untuk memiliki saham syarikat di US juga mengharuskan mereka menjual mata wang tempatan untuk membeli dollar bagi membayar pembelian saham.
Sentimen dan Psikologi Market
Tapi bagaimana jika ekonomi US melemah dan konsumsi melambat kerana meningkatnya pengangguran? Maka US berhadapan dengan kemungkinan bahawa pelabur asing akan menjual obligasi atau saham untuk mengembalikan wang tunai daripada penjualan itu kepada mata wang tempatan mereka. Oleh sebab itu mereka menjual dollar dan membeli kembali mata wang tempatan mereka.
Tenikal Faktor
Sebagai trader, kita harus mengukur apakah penawaran dollar akan lebih besar atau lebih kecil daripada permintaan untuk dollar. Untuk membantu kita menentukan hal ini, kita perlu memberi perhatian kepada pelbagai berita dan event, seperti laporan yang dikeluarkan oleh kerajaan US untuk pelbagai statistik ekonomi seperti data penggajian/"payroll", data GDP dan lain-lain data ekonomi yang mengukur maklumat yang boleh membantu kita untuk menentukan apakah yang akan berlaku dalam ekonomi dan untuk menganggarkan apakah ekonomi menguat atau melemah.
Selain itu, kita perlu menentukan sentimen umum mengenai apa yang pelaku pasar berfikir dari keputusan event tersebut. Selalunya, sentimen akan mendorong/"drive" market berbanding fundamental penawaran dan permintaan. Untuk menambah kombinasi ramalan ini, selain pengukuran faktor permintaan penawaran dan sentimen, kita juga mempunyai pola sejarah/"historical pattern" yang dihasilkan oleh faktor bermusim, support dan resistance level, teknikal indikator dan lain-lain. Ramai trader yakin bahawa pola ini akan berulang dan dengan itu boleh digunakan untuk mempredik gerakan.
Kombinasi Ketiga-tiga Faktor ini
Sejak perdagangan bergantung pada kemampuan trader untuk mengambil risiko dan mengelolanya, trader biasanya menggunakan beberapa kombinasi daripada tiga kaedah di atas untuk membuat keputusan dalam membeli atau menjual mata wang. Jika kebarangkalian benar adalah cukup tinggi, trader akan memasuki pasaran dan menguruskan hipotesis mereka. Kita perlu mengambil kira setiap salah satu daripada tiga metodologi di atas yang bererti bahawa ia perlu dalam arah yang sama.
Sebagai Contoh
Keadaan ekonomi semasa kemelesetan yang bermula pada tahun 2007 memaksa kerajaan US untuk memainkan peranan yang belum pernah terjadi sebelumnya dalam ekonomi mereka. Kerana pertumbuhan ekonomi yang lembap disebabkan daripada "deleveraging" besar aset kewangan yang berlaku, kerajaan perlu mengisi kekosongan dengan meningkatkan perbelanjaan kerajaan untuk memastikan ekonomi sentiasa berjalan. Objektif perbelanjaan mereka adalah untuk memberi peluang pekerjaan agar pengguna dapat memperoleh wang dan meningkatkan konsumsi mereka sehingga mendorong pertumbuhan yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi.
Kerajaan mengambil kedudukan ini dengan mengorbankan peningkatan defisit dan hutang nasional. Ini dibiayai dengan meningkatnya pencetakkan wang dan juga kerajaan menjual obligasi kepada kerajaan dan pelabur asing - yang mengakibatkan peningkatan dalam bekalan dollar. Maka nilai dollar turun sebagai akibatnya. Satu lagi kebimbangan negara adalah dengan isu hutang secara cepat membawa kesan kepada beban bunga yang meningkat dan oleh itu lebih banyak cukai akan menyebabkan penggunaan dollar hanya untuk menutupi kadar interest tersebut.
Salah satu peranan kerajaan adalah menjana keadaan yang sewajarnya untuk memastikan pasaran berkembang sehingga ekonomi adalah sehampir mungkin dengan "full employment", tetapi dengan inflasi terkawal. Jadi ketika ekonomi "deflates" kerajaan akan cuba melakukan semua yang boleh untuk mengembang semula dalam cara yang terkawal.
Bottom Line
Ia mungkin dapat membantu trader dengan meninjau Indeks Dollar chart untuk memberikan gambaran tentang bagaimana harga dollar terhadap mata wang lain dalam indeks. Dengan mengamati pola chart dan mendengar sentimen di pasaran serta monitoring faktor-faktor fundamental utama yang mempengaruhi penawaran dan permintaan, seorang trader boleh mendapatkan gambaran besar terhadap aliran dollar dan seterusnya dapat memilih posisi yang menguntungkan dalam trading.


LinkBack URL
About LinkBacks


Reply With Quote
