
Originally Posted by
deaNz
Saya amat berterima kasih sekiranya kawan-kawan dapat memberikan pendapat di sini dengan menyatakan apakah barangan yang sesuai untuk dibekalkan kepada sebuah koperasi yang ahlinya berpuluh ribu orang.
Barangan itu hendaklah tahan lama paling kurang 3 bulan bukan sejuk beku dan jika bersesuaian dengan kehendak Ahli Lembaga Koperasi berkenaan dari segi mutu, harga dan kuantitinya maka perjanjian akan dibuat antara saya dan mereka.
Pasaran sudah ada cuma mereka perlu diberi sample terlebih dahulu dan saya tengah mengumpulkan beberapa barangan yang dirasakan sesuai seperti serunding, makanan ringan dsb.
Mereka yang memberikan idea di sini digalakkan agar dapat membekalkan barangan tersebut apabila dikehendaki oleh saya. Mungkin rezeki kita bersama, Insya Allah!