Results 1 to 2 of 2

Thread: Forex vs FCPO (Kontrak Niaga Hadapan Minyak Kelapa Sawit Mentah)

  1. #1
    FaceBook Team Leader
    Join Date
    Sep 2009
    Location
    sepang, yala, medan
    Posts
    4,322

    Forex vs FCPO (Kontrak Niaga Hadapan Minyak Kelapa Sawit Mentah)

    Forex vs FCPO (Kontrak Niaga Hadapan Minyak Kelapa Sawit Mentah)


    1. Underlying assets
    Perdagangan kontrak hadapan CPO adalah disandarkan dengan aset komoditi sebenar, iaitu kelapa sawit mentah. Malaysia adalah pengeluar kelapa sawit terbesar di dunia.

    2. Leverage
    Leverage dalam CPO sudah ditetapkan oleh Bursa Malaysia. 1 tick = RM 25. Tiada pilihan leverage yang lain.

    3. Two ways market
    Keuntungan boleh dibuat semasa pasaran menaik mahupun menurun sama seperti pasaran matawang.

    4. Masa
    Tidak seperti pasaran matawang, pasaran CPO hanya dibuka pada jam 10:30 pagi - 12:30 tengah hari. Sebelum bersambung pada sesi petang dari jam 3:00 petang - 6:00 petang pada hari bekerja Malaysia.

    5. Broker
    Semua broker perlu berdaftar dengan Bursa Malaysia / Suruhanjaya Sekuriti dan anda sebagai pelabur dilindung oleh undang-undang. Sila rujuk senarai broker yang disahkan oleh Bursa Malaysia untuk mengelakkan anda terlibat dengan urusniaga yang tidak sah.

    Urusniaga masih memerlukan anda menelefon FBR / dealer yang mewakili syarikat broker anda.

    6. Real Time Monitoring
    Anda perlu membayar sewa kepada pengeluar data CPO yang disahkan untuk monitor harga secara real time charting, tetapi real time price quotes telah banyak disediakan secara percuma oleh syarikat broker.

    Dalam bengkel yang akan diadakan nanti, anda akan diajar kaedah monitoring secara manual tanpa menggunakan sebarang software.

    7. Deposit Margin
    Kira-kira 2 tahun dulu, deposit margin yang diperlukan hanyalah sekitar RM 1,000. Tetapi kadar deposit margin telah dinaikkan sehingga RM 5,700. (Ia berubah-ubah mengikut market volatility) Justeru, anda memerlukan RM 3,000 - RM 5,000 untuk terlibat dalam dagangan secara intra-day (bergantung kepada syarikat broker) dan antara RM 5,000-10,000 untuk position trading.

    8. Fundamental & Technical Knowledge
    Sekiranya anda sudah mempunyai pengetahuan asas technical analysis, maka anda boleh memulakan urusniaga dalam pasaran CPO.

    Dan sekiranya anda terlibat dalam industri kelapa sawit secara langsung dan tidak langsung (seperti anda adalah anak FELDA, pekebun kecil kelapa sawit) maka anda mempunyai maklumat fundamental yang lebih baik dari orang biasa.

    9. Syariah Compliance
    FCPO telah disahkan produk patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti.

    ----------------------------------------------------------------
    info ni hnya utk perbandingan kita semua.. harap2 org2 kuat fcpo bule bg intro skit..
    I am proud to have 3 citizenship"
    Digg this Post!Bookmark Post in Technorati

  2. #2
    Administrator jemoreng's Avatar
    Join Date
    Sep 2009
    Location
    Sarawak, Pahang, Egypt
    Posts
    2,241
    ni pa dia plak ni...

    adoii..
    Isbir ala ma aso...bak..!!
    Digg this Post!Bookmark Post in Technorati

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts