-
Amalan Rahsia Untuk Menukar Kegagalan Anda Kepada Kejayaan
Salam perkenalan kepada saudara seagama ku,
Izinkan saya membuka thread yang tak sepertinya ini, diharap boleh sedikit sebanyak memberi manfaat kepada saudara/saudari sekalian.
Apakah masalah atau kegagalan yang menyelubungi anda pada waktu ini ? Kalau bukan kegagalan sekalipun, apakah perancangan atau pekerjaan yang belum mampu anda capai kejayaannya sehingga ke hari ini?
Gagal dalam bisnes ?
Gagal dalam pekerjaan, gaji tak naik, pangkat tak naik
Gagal dalam pelaburan saham atau forex ?
Gagal dalam bidang pemasaran ?
Gagal dalam rumah tangga ?
Gagal dalam mencari modal untuk berniaga ?
Gagal dalam mencari idea untuk berniaga ?
Gagal dalam mencari pasangan hidup ?
Gagal dalam mencari rezeki yang lebih ?
Gagal dalam memungut hutang ?
Gagal dalam kehidupan ?
Gagal mendapat zuriat ?
Gagal mencari pekerjaan ?
Dan lain-lain lagi……………………
Jika anda sudah berusaha sedaya upaya untuk mengatasi atau mencari penyelesaian kepada permasalahan di atas, namun masih lagi gagal, apa lagi usaha anda yang tinggal ? Mungkin saya ada sesuatu untuk anda, Insyaallah. Tapi sebelum itu, izinkan saya berkongsi suatu cerita dahulu.
Beberapa bulan lepas, saya ditimpa musibah kehilangan kerja dan masalah kewangan yang amat teruk, sehingga memaksa saya menghantar anak isteri balik ke kampong, kerana sudah tidak mampu untuk menyara mereka. Sewa rumah dah banyak bulan tertunggak, dan sudah mendapat kata dua dari tuan rumah untuk mengosongkan rumah sewa. Bukan tidak mencari kerja, tetapi entah kenapa susah sangat waktu tu orang nak ambil saya bekerja. Malah nak kerja di 7-eleven pun orang tak nak ambil. Jadi kebanyakan masa saya habiskan di surau berdekatan dengan rumah, mula belajar mendekati diri kepada Maha Pencipta. Pada satu malam, ada satu ceramah agama di adakan di situ, penceramahnya adalah seorang Ustaz mualaf berbangsa India, dah memeluk Islam hampir 15 tahun. Sewaktu habis solat Isyak, ustaz itu menghampiri saya dan berkata muka saya nampak seperti sedang mengalami masalah yang besar. Selepas mengadu permasalahan saya, dia kata hanya Allah SWT saja yang boleh menolong. Tapi dia ada memberikan saya satu “amalan” mudah untuk saya amalkan, berupa sepotong ayat dan “tune up minda” untuk memudahkan saya keluar dari masalah.
Amalan ini ustaz tersebut peroleh dari seorang Tok Guru di sebuah Pondok Agama di Pasir Tumboh, Kelantan. Cerita beliau semasa mendapat amalan ini, amat memberikan inspirasi kepada saya. Begini, selepas 3 tahun memeluk agama Islam dan mendapat didikan agama di pondok tersebut, beliau pulang semula ke Selangor untuk memulakan dakwahnya, dan beliau hidup hanya berbekalkan elaun RM300 sebulan sumbangan Jabatan Agama Islam. Sebelum memeluk Islam, beliau bekerja di sebuat syarikat kerata nasional dengan gaji melebihi Rm3k sebulan, tapi demi cintanya kepada Islam dan hasratnya untuk melakukan dakwah, beliau sanggup bekoraban dan hanya hidup dengan elaun yang kecil sahaja. Dengan wang itulah beliau menyara hidup isteri & 3 orang anaknya. Hasrat beliau untuk menunaikan umrah di Tanah suci pada waktu tu amat menebal, walaupun duit memang tak ada. Lalu beliau mengambil kesempatan sewaktu berkunjung semula ke Pondok Agama lamanya selepas 1 tahun, untuk mengadu tentang hasratnya untuk menunaikan umrah pada Tok Gurunya. Dan pada waktu itulah, Tok Gurunya menurunkan “amalan” ini padanya. Selang 3 bulan selepas itu, JAIS telah memilihnya untuk menunaikan umrah secara percuma. Tetapi masalah lain pula timbul, kerana beliau terpaksa meninggalkan anak isterinya tanpa sedikit pun duit belanja. Tetapi dengan kekuasaan Allah SWT, 3 hari sebelum beliau berangkat ke Tanah Suci, ada seorang hamba Allah dating melawatnya dan memberikan wang RM1500.
Banyak lagi kisah menarik yang terjadi kepada ustaz itu, yang diceritakan kepada saya, tetapi tidak mampu saya ceritakan semuanya di sini. Berbalik pula kepada cerita saya, selepas mendapat “amalan” itu, saya mula mengamalkannya. Selang 2 hari, saya telah mendapat pekerjaan di sebuah syarikat kontrak pembersihan, dengan tangga gaji yang agak lumayan juga. Tuan rumah saya pun sudah berubah, dia masih mampu memberikan lanjutan masa untuk saya tinggal lagi di rumah tu. Walaupun sebelum itu, dia pernah memberi kata dua untuk saya berpindah. Dalam masa 2-3 bulan tersebut, banyak perkara yang tidak saya sangka berlaku dan merubah hidup saya sepenuhnya. Berkat dari “amalan” yang saya pelajari dari ustaz tersebut, dan segalanya berlaku dengan izin Allah SWT. Sekarang bukan lah nak kata saya sudah hidup mewah, tapi kerja saya sudah confirm dengan gaji yang telah naik sehingga saya mampu mengambil anak & isteri semula tinggal bersama.
Lebih kurang 2 minggu lepas, ada seorang teman mengadu bahawa dia susah untuk mendapatkan balik duit modalnya yang dilaburkan kepada seorang kontraktor, sebanyak RM10k. Kontraktor tersebut selalu memberikan pelbagai alasan untuk mengelak daripada membayar balik kepada teman saya ni. Saya pun menyuruh dia melakukan “amalan” ini, dan Alhamdulillah, baru 3-4 hari lepas dia menelefon saya memberitahu, kontraktor tersebut memberikan sedikit bayaran sebanyak RM6k, walaupun belum sepenuhnya, dan berjanji akan bayar baki dalam tempoh 1 minggu lagi.
Jadi, apakah “amalan” rahsia ini? Ia merupakan sepotong ayat pendek yang berupa zikir harian, yang perlu kita baca dalam hati atau lafaz, apabila ada kelapangan. Di samping itu, ada sedikit kaedah untuk membetulkan minda, atau saya suka panggil “tune up”, supaya apa yang kita usahakan itu, dipermudahkan jalan nya oleh Allah SWT.
Jadi kepada sesiapa yang berminat, atau berhasrat untuk mengubah nasib hidup anda, boleh lah emailkan kepada saya. Amalan ini saya tidak jual, saya turunkan saja kepada anda secara PERCUMA. Dan saya memohon maaf, kerana tidak mahu terus menempeknya di sini. Emailkan kepada saya di amalanku.99@gmail.com
Semoga kita sentiasa membantu sesama saudara seagama.
Last edited by _AZR_; 12-30-2011 at 02:40 AM.
Posting Permissions
- You may not post new threads
- You may not post replies
- You may not post attachments
- You may not edit your posts
Forum Rules