+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1 2 3 ... LastLast
Results 1 to 10 of 33

Thread: Pelaburan dengan Dinar Emas

  1. #1
    FaceBook Team Leader
    Join Date
    Sep 2009
    Location
    sepang, yala, medan
    Posts
    4,322

    Pelaburan dengan Dinar Emas

    Dinar Emas adalah syiling emas 22K atau dikenali juga sebagai emas 916. Dinar Emas dibeli dan disimpan untuk tujuan pelaburan. Oleh kerana emas adalah barang komoditi, harga Dinar Emas bergantung kepada harga pasaran emas dunia. Jadi harganya berubah-ubah, naik dan turun. Walau bagaimana pun kenaikan harga emas adalah melebihi dari penurunannya. Oleh itu Dinar Emas adalah disyorkan untuk tujuan pelaburan jangkamasa sederhana dan jangkamasa panjang.

    Harga pasaran emas dunia boleh dilihat di: 24 Hour Gold Chart - Last 3 Days

    Harga/statistic emas dari Bank Negara Malaysia: BNM Statistics

    Mengikut statistic dari BNM, harga syiling kijang emas (coin 1oz – 31.1gm) pada 19/7/2001 ialah RM1,092.00, manakala pada 13/3/2009 ialah RM3,594.00. Kenaikannya sebanyak RM2,502.00 iaitu sebanyak 229.12% dalam tempuh 8 tahun lebih, hampir 9 tahun. Kenaikannya lebih 25.45% setahun.

    Kebaikan Dinar Emas:
    1. Ia senang dibawa/disimpan dan boleh digadai/dijual pada bila-bila masa
    2. Harga lebih murah berbanding emas 999
    3. Sifatnya keras, tidak mudah calar atau bengkok berbanding emas 999

    Terdapat 3 jenis Dinar Emas dipasaran:
    1. Dinar Emas Kelantan
    2. Dinar Emas Public Gold
    3. Dinar Emas Islamic Mint

    Mari kita lihat satu persatu:

    Dinar Emas Kelantan:

    Dinar Emas Kelantan boleh didapati dalam pelbagai saiz:
    2 Dinar (8.5gm)
    1 Dinar (4.25gm)
    ½ Dinar (2.1gm)
    ¼ Dinar (1.05gm)

    Ketulinan (purity): emas 22K (916%)

    Perbezaan harga belian/jualan (spread) yang rendah dan tetap:
    2 Dinar – RM40 (fix)
    1 Dinar – RM20 (fix)
    ½ Dinar – RM10 (fix)
    ¼ Dinar – RM5 (fix)

    Harga Belian/Jualan Dinar Emas Kelantan boleh didapati di: Kelantan Golden Trade Sdn Bhd - Dinar & Dirham Kelantan

    Anda boleh membeli/memajak/menjual Dinar Emas Kelantan dicawangan Ar-Rahn di Kelantan: http://www.dinarkel.com/wtb.html

    Cawangan-cawangan lain:
    Ar-Rahn Kangar - Tel: 04-976 3525
    Ar-Rahn Alor Setar - Tel: 04-735 2831
    Ar-Rahn Sg. Petani - Tel: 04-420 0300
    Ar-Rahn Kuantan - Tel: 09-513 4345
    Ar-Rahn Termerloh - Tel: 09-290 1977
    Ar-Rahn Bentong - Tel: 09-220 1414
    Ar-Rahn Raub - Tel: 09-350 1310

    Cawangan Ar-Rahn Selangor dan Wilayah Persekutuan:
    Ar-Rahn Jalan Raja Laut - Tel: 03-26933433
    Ar-Rahn Kajang - Tel: 03-87361517
    Ar-Rahn Rawang - Tel: 03-60928441

    Dinar Emas Public Gold:

    Public Gold atau singkatan dari Public Fine Gold yang beribu pejabat di:

    Public Fine Gold International Sdn Bhd
    12E-1st Floor, Jalan Rumbia,
    11900 Bukit Jambul,
    Penang, Malaysia.
    Mr. Branson Saw
    Mobile: 019-448 8916
    Email: branson@publicgold.com.my
    Tel: 04-644 9999
    Fax: 04-646 4916

    Public Gold mengeluarkan 3 size Dinar Emas:

    1 Dinar – 4.25gm
    5 Dinar – 21.25gm
    10 Dinar – 42.5gm

    Ketulinan (purity): emas 22K (916%). Sijil ketulinan dikeluarkan apabila pembelian dibuat.

    Perbezaan harga belian/jualan (spread) diantara 5%-6% - bergantung kepada harga harian. Dapatkan Harga harian disini: PublicDinar.com - Home

    Dinar Emas keluaran Islamic Mint Sdn bhd.

    Laman utama Islamic Mint Sdn Bhd ialah: World Islamic Mint - Malaysia

    Dinar Emas keluaran Islamic Mint Sdn Bhd ialah:
    1/1 Dinar
    1 Dinar
    2 Dinar
    4 Dinar
    8 Dinar
    10 Dinar
    20 Dinar

    Dinar Emas Islamic Mint Sdn bhd. Boleh dibeli/dijual di institusi yang dinamakan wakala. Terdapat banyak wakala di Malaysia yang menjual dinar emas nie. Untuk senarai penjual
    dinar emas di tempat anda sila rujuk disini: https://www.medinamarket.com/map.html

    Harga belian balik(spread) Dinar Emas Islamic Mint sekitar -15%-18% dari harga semasa

    Selamat melabur.

    I am proud to have 3 citizenship"

  2. #2
    FaceBook Team Leader
    Join Date
    Sep 2009
    Location
    sepang, yala, medan
    Posts
    4,322
    jom melabur dengan emas
    I am proud to have 3 citizenship"

  3. #3
    NK Owner, Reload, Alertpay and Liberty Reseller animax's Avatar
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    sabah
    Posts
    1,511
    Macam mana melabur emas itu?



  4. #4
    FaceBook Team Leader
    Join Date
    Sep 2009
    Location
    sepang, yala, medan
    Posts
    4,322
    beli emas coin bro
    I am proud to have 3 citizenship"

  5. #5
    Junior Member azman/jeman's Avatar
    Join Date
    Dec 2009
    Posts
    94
    jom melabur dalam emas...selamatkan wang simpanan yang ada dalam bank(mengelakkan inflasi atau susut nilai) dan tukar ke dalam bentuk emas
    MASTER AGENT PUBLIC GOLD & PUBLIC DINAR | AZMAN @ JEMAN | 019-6402315 | jeman_hicky@yahoo.com | http://goldjeman.blogspot.com | YM: jeman_hicky | GTALK: goldjeman
    "BELI EMAS, DAPAT EMAS"

  6. #6
    NK Owner, Reload, Alertpay and Liberty Reseller animax's Avatar
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    sabah
    Posts
    1,511
    Jom melabur bersama-2. ( Siapa nak melabur pula? )



  7. #7
    FaceBook Team Leader
    Join Date
    Sep 2009
    Location
    sepang, yala, medan
    Posts
    4,322
    satu dinar ni berapa masa sekarang ni
    I am proud to have 3 citizenship"

  8. #8
    Junior Member azman/jeman's Avatar
    Join Date
    Dec 2009
    Posts
    94
    public dinar yang aku jual sekarang ni rm620 at 22/10/10 800am
    MASTER AGENT PUBLIC GOLD & PUBLIC DINAR | AZMAN @ JEMAN | 019-6402315 | jeman_hicky@yahoo.com | http://goldjeman.blogspot.com | YM: jeman_hicky | GTALK: goldjeman
    "BELI EMAS, DAPAT EMAS"

  9. #9
    NK Owner, Reload, Alertpay and Liberty Reseller animax's Avatar
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    sabah
    Posts
    1,511
    Wow, Rm620 sekarang.



  10. #10
    PKB
    PKB is offline
    Cinta NK Sampai Mati PKB's Avatar
    Join Date
    Sep 2009
    Posts
    3,149
    wowww.....RM620.00
    hebat dah tuu
    HiDuP MesTi BeRaNi BeB!!! AdA BraNs!!!

+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1 2 3 ... LastLast

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts